Asalamualaikum.......

Assalamualaikum wbr.................

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Ini adalah blog pertama saya.

LATIHAN



Latihan
Isi tempat kosong dengan kata nama yang sesuai.
            Restoran Jayaka    Adidas           Rakit              Johor
     1.    Negeri ______________terletak di selatan tanah air.
     2.    Susanti telah membeli sehelai baju yang berjenama _______________untuk suaminya.
     3.    ______________itu diperbuat daripada buluh.
     4.    ________________menyediakan makanan ala Jepun.

Gariskan kata ganti nama yang sesuai.

     1.    Sultan Mahmud Syah seorang yang adil. (Beta, Baginda, Patik) mentadbir negara 
          dengan adil.
     2.    “(Dia, Engkau, Anda) selalu ponteng sekolah,” kata Kok Meng kepada Kok Keong  
          sambil  menuding jari ke arah budak itu.
     3.    (Kamu, Kita, Ia) mesti mematuhi nasihat ibu bapa.

Isi tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai.
 
            menjulang                mengunyah             ketawa           menangis     melukis

    1.    Bayi itu ___________tersedu-sedu kerana lapar.
    2.    Budak-budak yang kreatif itu sedang _________mural pada dinding sekolah.
    3.    Jia Yi _______________makanan sebelum menelannya.
    4.    Ketua pasukan Kelantan telah ______________piala FA yang dimenanginya.
    5.    Mei Mei __________terbahak-bahak apabila menonton drama komedi itu.




    Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.
            batu api         berat mulut               omong kosong       cepat tangan                                                                             senang hati
    1.    Mahmud menjadi _____________antara Lim dan Jack sehingga menyebabkan mereka 
         bergaduh.
    2.    Pemuda yang __________itu ditangkap oleh pengawal keselamatan pusat beli-belah.
    3.    Kakak Siti berasa __________ kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.
    4.    Impiannya yang ingin menjadi juruterbang hanyalah _____________jika dia tidak 
         melepasi ujian tersebut.
    5.    Murid yang _____________itu suka duduk bersendirian.

    Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
            kendur           pucat             lusuh             buncit             hanyir
    1.    Wajah pesakit itu ________kerana tidak lalu makan.
    2.    Baju adik _____________kerana kerap dipakai dan dicuci.
    3.    Dawai elektrik yang ___________itu harus dibaiki supaya tidak mendatangkan  
         kemalangan yang tidak diingini.
    4.    Perut bapa Chin ________kerana  sudah lama tidak bersenam.
    5.    Mei Mei tidak suka pergi ke pasar kerana tidak tahan akan ikan-ikan yang berbau 
         __________.

 

3 comments:

Anonymous said...

Saya ingin meminta kebenaran untuk menggunakan soalan anda kepada anak saya.

Anonymous said...

Boleh saya jadikan latihan untuk adik-adik saya.

Anonymous said...

Baik dan boleh saya gunakan sebagai latihan untuk anak murid saya. T. kasih