Asalamualaikum.......

Assalamualaikum wbr.................

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Ini adalah blog pertama saya.

Sunday 25 November 2012

KATA GANTI NAMA DIRI


KATA GANTI NAMA DIRI

  • 1.       Maksud

                 Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang.

  • 2.       Jenis

                 Terbahagi kepada 3 jenis:
     a)      Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur)
     b)      Kata Ganti nama Diri Kedua (pendengar)
     c)       Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak/orang yang diceritakan halnya)

  • 3.       Bilangan penutur / pendengar

    a)      Tunggal (seorang)
    b)      Jamak (lebih daripada seorang)

  • 4.       Golongan pengguna:

a)      Masyarakat Moden
b)      Masyarakat Melayu Lama (klasik)
c)       Masyarakat Istana / Bangsawan

  • 5.       Contoh Kata Ganti Nama Diri

a)      Kata Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri orang yang bertutur

Kata Ganti Diri Pertama
Penggunaannya
aku
digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan (keakraban)

saya
digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi

hamba
digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu

patik
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan

beta
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat

kami
digunakan pada diri orang yang berkata seperti temannya apabila bercakap dengan orang kedua

  
b) kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur

Kata Ganti Diri Kedua
Penggunaannya
anda
digunakan untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan kita

awak
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

engkau
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan

tuan hamba
digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama digunakan ‘hamba’ mesti diikuti ‘tuan hamba’ sebagai kata ganti diri kedua

tuanku
digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja

kalian
digunakan  untuk beberapa orang yang diajak bercakap

kamu
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita


c) Kata Ganti Nama Diri ketiga – menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya (orang   yang diceritakan halnya tidak hadir)

Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
baginda
digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan

beliau
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan pemimpin

dia, ia
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan

mereka
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang


         6. Bentuk Kesilapan

SALAH
BETUL
Kami tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Murthi kepada Azrul.
Kita tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Murthi kepada Azrul.

Kereta itu sungguh mahal kerana ianya diimport dari Jepun.
Kereta itu sungguh mahal kerana diimport dari Jepun.

Beliau diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.
Dia diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.

Kakitangan syarikat itu sedia menolong engkau.
Kakitangan syarikat itu sedia menolong anda.

Mereka-mereka sedang bermain bola di padang.
Mereka sedang bermain bola di padang.
Saya ingin berjumpa dengan ia.
Saya ingin berjumpa dengannya.


        7       .    Ringkasan


Kata Ganti Nama Diri
Tunggal
Bilangan banyak/ jamak
Diri Pertama (penutur)
aku
saya
patik
hamba

kami
kita
Diri Kedua (pendengar)
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
tuan hamba

awak semua
 kamu semua
saudara sekalian
 saudari sekalian
 encik-encik
tuan-tuan
puan-puan
 anda semua
kalian
Diri Ketiga (orang yang diceritakan halnya)
dia
ia
beliau
baginda

mereka

3 comments:

Anonymous said...

Sebaran maklumat berkaitan amat digalakkan..terima kasih

Anonymous said...

Maklumat yang diberikan amat berguna kepada adik-adik saya.

Anonymous said...

Baik... tambahlah lagi info. T. kasih.