Asalamualaikum.......

Assalamualaikum wbr.................

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Ini adalah blog pertama saya.

Friday 30 November 2012

Latihan Tatabahasa


Gariskan kata penguat yang sesuai.
1. Kepalanya (sangat, nian, betul) sakit sehingga menyebabkan dia tidak dapat membuat     kerja.
2.    Pekerjaan yang ditawarkan oleh Syarikat Nam Yik sesuai (agak, sekali, paling) untuk graduan universiti.
3.    Rumah banglo yang dibina di kawasan perumahan itu merupakan rumah yang (terlalu, paling, benar) cantik di situ.
4.    Udara di puncak bukit itu nyaman (agak, sekali, paling).
5.    Pensel yang diasah oleh Min tajam (sungguh, paling, terlalu).
6.    Latihan Matematik yang diberikan oleh Cikgu Rosminah mudah (nian, paling, agak).


Isi tempat kosong dengan sinonim yang sesuai.
          disiarkan          istimewa          terkemuka
1.    Malaysia sebuah negara yang unik kerana mempunyai pelbagai kaum.____________
2.    Penyanyi yang terbilang itu telah mendapat tiga anugerah malam tadi.____________
3.    Majalah yang diterbitkan sebulan sekali itu mendapat sambutan yang baik.____________


Betulkan kesilapan yang terdapat dalam ayat di bawah.
1.    Ayah hendak pergi ke manakah?
____________________________________________________
2.    Arahkan daripada guru-guru harus kita patuhi.
____________________________________________________
3.    Pembantu rumah itu sedang memop lantai.
____________________________________________________


Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.
bayang-bayang          cecair          dedaun                               
1.    Adik ketakutan apabila melihat ___________nya sendiri.
2.    Mak cik Anum menyapu_________ yang berguguran di halaman rumahnya.
3.    Mereka menggunakan___________ yang berwarna jingga untuk eksperimen


Isi tempat kosong dengan kata ganda berentak yang sesuai.
          hiruk-pikuk          koyak-rabak          terumbang-ambing
1.    Baju yang dipakai oleh pengemis itu ___________.
2.    Keadaan yang ___________ itu menyebabkan murid-murid tidak dapat belajar dalam keadaan yang selesa.
3.    Perahu nelayan itu ___________ dipukul ombak.


Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai.
            ke                    di                     dari                 untuk             sejak
            Ali seorang budak yang keras kepala. Dia tidak suka mendengar nasihat ibu bapa. Pada suatu hari, dia merayau-rayau (1)________________ sekitar kampungnya. Ali berniat (2)_______________mencuri buah rambutan itu. Tanpa melengahkan masa, Ali pun memanjat (3) __________atas pokok untuk memetik buah rambutan. Tiba-tiba, dahan pokok rambutan itu patah dan Ali terjatuh (4) _______________pokok. Ali menangis kerana kakinya cedera. Pak Ahmad segera menghantar Ali ke hospital. (5) ___________kejadian itu, Ali tidak berani memanjat pokok lagi.


 Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah menunjukkan APT (ayat penyata), AT (ayat tanya), AS (ayat seruan) atau APH (ayat perintah).
1.    Berapakah aktiviti yang diadakan sepanjang Minggu Bahasa Malaysia? ___________
2.    Tolong sertakan sijil kelahiran semasa membuat pendaftaran. _____________
3.    Wah, tingginya Menara Kuala Lumpur! _____________
4.    Lagu ‘Negaraku” dinyanyikan oleh murid-murid dengan penuh semangat.____________
5.    Sila masuk ke dalam dewan.____________


Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.
            sementara    atau    tetapi              kerana           meskipun     hingga
1.    Ah Seng diberi pilihan sama ada mahu mengikut emaknya pergi melancong ________bekerja sambilan di pasar raya semasa cuti sekolah.
2.    Jari Ai Ling bengkak _________dihimpit oleh benda yang berat itu.
3.    ___________jutawan itu mempunyai harta yang banyak, namun demikian dia tidak bersikap sombong.
4.    Nelayan membaiki jala yang koyak ____________menanti musim tengkujuh berlalu.
5.    Peperiksaan semakin hampir ____________Devi tidak mahu mengulang kaji pelajarannya.
6.    Bapa Kam Hong bekerja dari pukul sembilan pagi ____________lapan malam.
  

Isi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai.
            Mengapakah                        Bilakah          Apakah          Di manakah 
Bagaimanakah        Siapakah
1.    __________kamu mengagihkan masa antara pembelajaran dengan kegiatan kokurikulum?
2.    _____________yang sering mendapat markah rendah dalam peperiksaan penggal?
3.    _______________letaknya Kedai Perabot Anggun?
4.    __________pihak polis tiba di tempat kejadian untuk mengawal keadaan?
5.    _________punca utama Mei Lan menghilangkan diri?
6.    ____________harga tiket penerbangan ke luar negara lebih murah ?


Isi tempat kosong dengan kata majmuk yang sesuai.
            pakar bedah                        jualan murah                       jam dinding             
gulung tikar             tuan rumah              beritahu
1.    Meng Hong pandai membaiki_____________.
2.    __________itu menjemput saya masuk ke dalam rumahnya.
3.    Kemelesetan ekonomi yang teruk menyebabkan banyak syarikat _____________.
4.    Pembedahan yang rumit itu diketuai oleh _____________yang berpengalaman.
5.    Adik terlupa untuk ______________ibu tentang kedatangan Pak Alim tadi.
6.    Pasar Raya Jusco mengadakan _____________pada akhir bulan Disember.


 Isi tempat kosong dengan imbuhan pinjaman yang sesuai.
            tatacara         prakata          pratonton     mahaguru    
jurucakap     sukarelawan
1.    Saya bertuah kerana dipilih menjadi ________________pada sukan Olimpik tahuan 2008 yang lalu.
2.    Menurut _____________, pihak polis, kemalangan yang berlaku di Jalan Klang itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas.
3.    __________majlis penyampaian hadiah telah disediakan oleh guru penolong kanan.
4.    Abang saya sedang menyiapkan ___________untuk tugasnya.
5.    ______________filem “Cicakman 2” telah berlangsung di GSC, Mid Valley.
6.    __________Persatuan Silat Selangor seorang yang tegas dan berpengalaman.


Pilih kata perintah yang sesuai.
1.    “(Jangan, Minta, Sila) panjat pokok rambutan itu,” larang Encik Khoo kepada anaknya.
2.    (Jangan, Minta, Usah) perhatian kepada semua murid. Sila beratur di ruang legar sekarang.
3.    (Tolong, Minta, Jemput) alihkan kereta Produa Myvi kamu.
4.    (Tolong, Usah, Harap) kamu ambil hati tentang kata-kata mak cik itu.
5.    (Sila, Usah, Jemput) serahkan dokumen-dokumen yang penting kepada ketua kami.
6.    (Harap, Jemput, Jangan) makan kuih-muih yang disajikan.


 Tandakan (/) pada ayat-ayat yang menggunakan kata hubung berpasangan dengan betul.
1.    Sungguhpun Encik Mahendaran orang berada, namun dia tidak pernah menderma wang kepada rumah kebajikan.(                 )
2.    Jawapan yang diberi oleh murid makin betul makin tidak. (                )
3.    Saya tidak pasti sama ada mahu menaiki bas ekspres atau menaiki kapal terbang ke Singapura. (             )
4.    Baik Joseph mahupun Jia Kang pandai bermain bola keranjang. (           )
5.    Makin lama makin jauh Ah Seong ketinggalan dalam perlumbaan itu. (            )


 Isi tempat kosong dengan penanda wacana yang sesuai.
1.    ___________, hidangan yang sudah siap sedia untuk dihidangkan.
2.    __________, sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat layang-layang.
3.    _______________, gabungkan kedua-dua dokumen ini menjadi satu fail yang lengkap.
4.    Sapukan lantai dulu, _________, moplah lantai dengan air sabun.
5.    Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis. __________, air juga penting dalam menjalankan proses itu.


Pilih kata bilangan yang sesuai.
1.    Budak perempuan itu disengat lebah pada ( seluruh, setiap, semua) badan.
2.    (Sebahagian, Beberapa, Setiap) daripada buku-buku rujukan itu akana diedarkan ke setiap kelas.
3.    Mereka (berlima, lima, kelima) selalu bermain bola keranjang di gelanggang sekolah.
4.    (Semua, Separuh, Setengah) peserta dikehendaki melaporkan diri di tapak perhimpunan.
5.    (Sesetengah, Setengah, Suku) pihak berpendapat kenaikan harga barang adalah wajar.


Tuliskan sama ada ayat-ayat tanya di bawah merupakan ayat tanya biasa (ATB) atau ayat tanya songsang (ATS).
1.    Kamu membeli baju kurung batik ini di mana? _____________
2.    Apakah kejayaan yang pernah kamu peroleh sepanjang berada di syarikat ini? __________
3.    Mengapakah puan mberminat untuk membuka kilang batik seperti ini?_________
4.    Adakah anda berpuas hati dengan pencapaian yang dicapai setakat ini? _____________


Kenal pasti sama ada perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah merupakan kata nama berimbuhan, kata kerja berimbuhan atau kata adjektif berimbuhan.

1
Adila menggosok sendiri pakaian seragamnya sebelum pergi ke sekolah.

2
Cuba kamu ceritakan kejadian yang berlaku semalam kepada kami.

3
Kebanyakan stesen televisyen menyiarkan rancangan-rancangan hiburan sempena Tahun Baru.

4
Makyung merupakan satu jenis kesenian Melayu yang menarik.

5
Murid-murid tahun enam mempersembahkan nyanyian koir kepada para hadirin.

6
Wajah Akmar secantik ibunya.


7
Dia memainkan alat muzik tradisional itu sebaik ketibaan tetamu kehormat.

8
Marina Chin ialah olahragawati yang termasyhur.


9
Datuk menasihati anak-anaknya agar tidak mengejar kekayaan.

10
Andy telah dua kali merangkul pingat emas dalam acara olahraga.



 Tanda (/) pada penggunaan kata pemeri yang betul.

1
Lim keng Kiat ialah bekas perenang Malaysia yang pernah beraksi di dalam Sukan Olimpik.

2
Kos pentadbiran syarikat itu adalah tinggi berbanding dengan tahun lalu.

3
Lawatan ke kilang itu ialah untuk menambah pengetahuan murid-murid tentang proses pembuatan kicap.

4
Bangunan yang tinggi itu adalah Menara Kuala Lumpur.


5
Hal yang dibincangkan oleh ahli jawatankuasa pagi tadi adalah berkaitan tantang isu perletakan jawatan nain pengerusi.

6
Profesor Suresh ialah saintis yang berjaya menghasilkan ubat bagi merawat penyakit AIDS.



Isi tempat kosong dengan kata nafi “tidak” atau “bukan” dalam ayat di bawah.
1.    Makanan tengah hari _________akan disediakan oleh pihak penganjur untuk para peserta.
2.    Cenderamata yang saya beli itu__________untuk  Shuwen.
3.    “____________ saya yang dicalonkan untuk pertandingan itu,” kata Cherry kepada guru kelasnya.
4.    Persekitaran yang _______________bersih mudah menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
5.    Kakak __________mengelap meja selepas makan malam.
6.    ____________semua orang mampu membeli alat yang canggih itu.


 Salin semula ayat dengan membubuh tanda baca dan huruf besar yang betul.
1.    emak pergi ke jabatan pendaftaran negara untuk membuat kad pengenalan yang baharu.
________________________________________________________________________________________________________________________________
2.    bilakah leela akan sampai tanya simon kepada lily
________________________________________________________________
3.    berapakah harga telefon bimbit yang berjenama samsung itu
________________________________________________________________
4.    wah sungguh canggih kamus elektronik ini
________________________________________________________________
5.    pantai morib mempunyai pemandangan yang indah
________________________________________________________________
6.    tolong poskan surat ini di pejabat pos sentul
________________________________________________________________


Gariskan penanda wacana yang betul bagi ayat-ayat di bawah.

1. Yew Lam seorang budak yang rajin belajar. (Selain itu, Lantaran itu), dia seorang yang aktif dalam sukan.

2. Emak menanak nasi di dapur. (Kalau begitu, Selepas itu), dia merendam baju di bilik air.

3. Cikgu karim tidak datang bekerja pada hari ini. (Mungkin, kemudian), beliau tidak sihat.

4. Keputusan Mahendar sangat baik dalam peperiksaan kali ini. (Lebih-lebih lagi, Namun     demikian), dia tidak ingin berusaha selepas itu.

5. Jiran saya pergi melancong pada minggu hadapan. (Walau bagaimanapun. Oleh itu), saya menolong menjaga rumahnya.


Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Ling Chin memimpin tangan nenek lalu mereka melintas jalan raya.
    ________________________________________________________________

2. Datuk menebas semak di halaman rumah pada setiap petang.
     ________________________________________________________________

3.  Ahli bomba berjaya memadamkan kebakaran yang berlaku di Jalan Ipoh pada pagi     semalam.
________________________________________________________________
________________________________________________________________


Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Bunga digubah oleh emak pada masa lapang
           ________________________________________________________________

       2. Anjing liar itu dipatuk oleh ular tedung yang berbisa.
________________________________________________________________

3. Lagu Rasa Sayang dinyanyikan oleh murid-murid Tahun Tiga Merah.

________________________________________________________________


Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi ayat majmuk
1  Jia Lok bersyukur.
     Jia Lok dipilih sebagai sukarelawan Sukan Olimpik Beijing 2008. (kerana)                ________________________________________________________________          ________________________________________________________________

 2.    Perasaan Shamsul bersedih.
      Shamsul melihat ibunya terlantar sakit di hospital. (apabila)
   _____________________________________________________________________________________________________________________________________________

3. Ganesh pergi ke Perpustakaan Negara untuk memperoleh maklumat tentang projek   sekolah.
    Zubir pergi ke Perpustakaan Negara untuk memperoleh maklumat tentang projek sekolah. (dan)
________________________________________________________________________________________________________________________________________________

4. Kami ternampak satu kemalangan.
     Kami segera menelefon polis. (lalu)
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
5. Kah Ling berlatih bersungguh-sungguh pada setiap hari.
    Kah Heng menang dalam pertandingan badminton nanti. (agar)
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________ 

6. Murid-murid Tahun Empat Kasih membuat model kapal terbang.
     Murid-murid Tahun Empat Kasih tidak berjaya menyiapkan model tersebut dalam tempoh   masa yang ditetapkan. (tetapi)
________________________________________________________________________    ________________________________________________________________________