KATA BILANGAN
1. Maksud
Kata bilangan
ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu frasa nama: orang, bintang,
benda dan perkara.
2. Contoh
kata bilangan
Jenis
Kata Bilangan
|
Penggunaan
|
Contohnya
|
Kata bilangan tentu
|
1. Menentukan bilangan yang
tertentu.
2. Diikuti dengan penjodoh
bilangan.
|
satu, dua, sepuluh, seratus, sejuta dan
sebagainya.
|
Kata bilangan tak tentu
|
1. Menunjukkan bilangan yang tak
tentu.
|
beberapa, segala, seluruh, sekalian,
setengah-setengah / sesetengah dan sebagainya.
|
Kata bilangan pecahan
|
1. Menunjukkan bilangan yang berbentuk pecahan.
|
suku, setengah, separuh, tiga suku dan sebagainya.
|
Kata bilangan pisahan
|
1. Menunjukan bilangan yang terpisah.
|
setiap atau tiap-tiap
|
Kata bilangan himpunan
|
1. Menunjukkan sesuatu bilangan
secara himpunan.
|
kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh,
berminggu-minggu, bertahun-tahun dan sebagainya.
|
Kata bilangan tingkat
|
1. Menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah.
|
pertama, kedua, kesepuluh dan
sebagainya.
|
3. Kesilapan
kata bilangan
a.
Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata
nama konkrit yang dibilang menggunakan kata bilangan tentu.
Salah
|
betul
|
Tiga kereta itu berjenama
Honda.
|
Tiga buah kereta itu
berjenama Honda.
|
Dua ribu telur ayam telah
direbus untuk majlis kenduri itu.
|
Dua ribu biji telur ayam
telah direbus untuk majlis kenduri itu.
|
Seratus calon UPSR telah
menghadiri seminar itu.
|
Seratus orang calon UPSR
telah menghadiri seminar itu.
|
b.
Menggandakan kata nama konkrit yang dibilangan
dengan kata bilangan tentu yang membawa maksud jamak(banyak).
Salah
|
Betul
|
Tiga puluh meja-meja di
dalam bilik darjah kami telah rosak.
|
Tiga puluh buah meja di
dalam bilik darjah kami telah rosak.
|
Empat pekerja-pekerja kilang
terbunuh dalam kemalangan jalan raya pagi semalam.
|
Empatorang pekerja kilang
terbunuh dalam kemalangan jalan raya pagi semalam.
|
Lapan ratus pelancong-pelancong
asing diraikan dalam majlis gilang-gemilang.
|
Lapan ratus orang pelancong
asing diraikan dalam majlis gilang-gemilang.
|
c.
Menggunakan penjodoh bilangan bagi kata nama
konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tak tentu kecuali kata bilangan tak
tentu ‘beberapa’.
Salah
|
Betul
|
Amran membeli beberapa buku
cerita.
|
Amran membeli beberapa buah buku
cerita.
|
Para orang peniaga di pasar
malam digesa supaya mengutamakan kebersihan.
|
Para peniaga di pasar malam
digesa supaya mengutamakan kebersihan.
|
Sesetengah buah bas
persiaran beroperasi secara haram.
|
Sesetengah bas persiaran
beroperasi secara haram.
|
d.
Menggunakan kata nama konkrit yang dibilang
dengan kata bilangan tak tentu.
Salah
|
Betul
|
Kebanyakan guru-guru hadir
dalam mesyuarat kurikulum sekolah.
|
Kebanyakan guru hadir dalam
mesyuarat kurikulum sekolah.
|
Semua kad-kad telah diedar kepada para jemputan.
|
Semua kad telah diedar kepada para jemputan.
|
Sebahagian daripada
pekerja-pekerja warga asing masuk ke negara ini secara haram.
|
Sebahagian daripada pekerja
warga asing masuk ke negara ini secara haram.
|
Salah
|
Betul
|
Kedua buah pulau di negara
ini mempunyai batu karang yang paling cantik di dunia.
|
Kedua-dua buah pulau di
negara ini mempunyai batu karang yang paling cantik di dunia.
|
Antara kedua tugas, yang
manakah lebih mudah?
|
Antara kedua-dua tugas, yang
manakah lebih mudah?
|
Berbagai isu-isu
dibincangkan dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
|
Berbagai- bagai isu dibincangkan dalam mesyuarat
Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
|
f.
Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata
nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan himpunan.
Salah
|
Betul
|
Ketiga-tiga anak Pak Harun
menuntut di luar negara.
|
Ketiga-tiga orang anak Pak Harun menuntut di luar
negara.
|
Beratus-ratus sate
dihidangkan untuk pelancong dari Britain.
|
Beratus-ratus cucuk sate
dihidangkan untuk pelancong dari Britain.
|
Beribu-ribu cakera padat tiruan dirampas
dalam operasi pihak berkuasa.
|
Beribu-ribu keping cakera
padat tiruan dirampas dalam
operasi pihak berkuasa.
|
Salah
|
Betul
|
Para-para petugas di pameran
buku sedia memberikan bantuan kepada pengunjung.
|
Para petugas di pameran buku
sedia memberikan bantuan kepada pengunjung.
|
·
Para tidak
seharusnya digunakan untuk merujuk kepada golongan yang tidak dihormati seperti
penjahat, pengganas, pengemis, penagih dan penipu.
h.
Tidak menggunakan kata bilangan himpunan yang
betul.
Salah
|
Batul
|
Berbagai acara
dipertandingkan dalam sukaneka itu.
|
Berbagai-bagai acara
dipertandingkan dalam sukaneka itu.
|
Tiap pelanggan yang
berkunjung ke restoran itu pasti berpuas hati dengan layanan mesra
pekerjanya.
|
Tiap-tiap pelanggan yang
berkunjung ke restoran itu pasti berpuas hati dengan layanan mesra pekerjanya.
|
i.
Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan untuk
menghitung sesuatu kata nama ukuran, kata nama waktu dan kata nama abstrak yang
tertentu.
Peringatan: Kata nama konkrit yang membawa maksud orang
seperti mayat tidak perlu didahului oleh penjodoh bilangan.
Salah
|
Betul
|
Peserta pertandingan pidato diberi masa lima buah minit sahaja.
|
Peserta pertandingan pidato diberi masa lima minit sahaja.
|
Beberapa
buah bahagian rumah pangsa itu telah retak.
|
Beberapa
bahagian rumah pangsa itu telah retak.
|
Tiga
orang mayat mangsa lemas dijumpai terdampar di pantai.
|
Tiga
mayat mangsa lemas dijumpai terdampar di pantai.
|
j.
Kata bilangan tentu tidak boleh didekatkan
dengan kata bilangan pecahan.
Salah
|
Betul
|
Harga daging itu lapan setengah ringgit
sahaja.
|
Harga daging itu lapan ringgit setengah
sahaja.
|
Saya menunggu awak sudah dua setengah
jam.
|
Saya menunggu awak sudah dua jam
setengah.
|
5 comments:
Satu satunya tergolong dalam kata bilangan yang mana?
Satu satunya tergolong dalam kata bilangan yang mana? Terima kasih
Tlong berikan jwpn ini setengah murid tidak begitu suka apabila dibuli oleh rakan rakan mereka
sorry ya sudah 2024 takpe
jawalanni setengah --> sesetengah/setengah-setengah
Satu-satunya kategori jenis kata bilangan apa
Post a Comment