Asalamualaikum.......

Assalamualaikum wbr.................

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Ini adalah blog pertama saya.

Tuesday 27 November 2012

KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT



KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT
       1 Maksud
     Kata ganti nama diri yang telah disingkatkan.

  2. Contoh:
Kata Ganti Diri Singkat
Penerangan
Ayat Contoh
kau
Asal daripada kata ‘engkau’.
Digunakan pada awal kata yang dirapatkan dengan kata yang menyertainya.


1. “Surat ini hendaklah   kaubaca,” pinta Encik Hashim.

2. Lukisan yang kaulukis sangat cantik.

ku
Asal daripada kata ‘aku’. Digunakan pada awal atau akhir kata yang ditulis rapat.

1. Kata Dian, “Lagu ini kutujukan untuk Shila yang berada di Johor.”

2. “Aduh, sakitnya perutku!” kata Hisham.

mu
Asal daripada kata ‘kamu’. Digunakan pada akhir kata sahaja.

1. Hasratmu akan kutunaikan.

2. “Adikmu pandai menyanyi,” kata Irfan kepada Faqihah.

nya
Asal daripada kata ganti nama diri ketiga (dia).
Digunakan pada akhir kata sahaja.
1. Kakaknya menuntut di Jepun.

2. Setiap kesalahan akan menerima balasan-Nya.

             3. Bentuk kesilapan
a.       Tidak ditulis rapat kata ganti nama diri singkat dengan kata yang menyertainya.

Salah
Betul
“Warna apa  yang kau minati?” tanya Syafiq kepada Azim.
“Warna apa yang kauminati?” tanya Syafiq kepada Azim.

“Kawan ku ini berasal dari Sarawak,” kata Sayuti kepada Arif.
“Kawanku ini berasal dari Sarawak,” kata Sayuti kepada Arif.


b.      Tidak boleh menggunakan kata singkatan sebagai subjek ayat.
Salah
Betul
Mu berdua tidak bekerja hari ini?” tanya Azman.
Kamu berdua tidak bekerja hari ini?” tanya Azman

Kau belum mandi lagi, Min?” tanya ibu kepada Amin.
Engkau belum mandi lagi, Min?” tanya ibu kepada Amin.


c.       Tidak menggunakan tanda sempang dan huruf besar bagi kata singkatan berkaitan dengan Tuhan.

Salah
Betul
Ya Allah, aku memohon keampunanmu.
Ya Allah, aku memohon keampunan-Mu.

Tuhan akan sentiasa mengampunkan dosa umatnya.
Tuhan akan sentiasa mengampunkan dosa umat-Nya.


7 comments:

Anonymous said...

Perkara ini penting untuk diketahui oleh umum.

Anonymous said...

Terima kasih atas info yang cikgu berikan.

Anonymous said...

Banyak maklumat yang saya baru tahu.

CTR said...

boleh dijadikn rujukan nnti

Unknown said...

Terima kasih kerana menyediakan maklumat yang berguna ini.

Unknown said...

Tak faham

Anonymous said...

Terima kasih cikgu atas perkongsian ilmu. Alhamdulillah.