Pages

Friday 30 November 2012

Kata Penguat


KATA PENGUAT
1.       Maksud
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan maksud terkandung dalam kata adjektif.

2.       Jenis: Terdapat 3 jenis kata penguat:

Kata penguat
Contoh
Penguat hadapan
terlalu, paling, agak
Penguat belakang
sekali, benar, nian, betul
Penguat bebas
amat, sungguh, sangat
  
3.       Contoh:
a.       Diguna di hadapan kata adajektif.

Kata penguat hadapan
Contoh
terlalu
Baju di pasar raya itu terlalu mahal.
paling
Sambal tumis itu paling sedap
agak
Jalan di kawasan itu agak bahaya.

b.      Diguna di belakang kata adjektif.

Kata penguat belakang
Contoh
sekali
Hujah murid itu bernas sekali.
nian
Nyaman nian udara di puncak pusat peranginan tanah tinggi itu.
benar
Cantik benar rantai mutiara itu.
betul
Besar betul rumah Ah Meng.

c.       Diguna secara bebas sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.

Kata penguat bebas
Contoh
amat
1.       Kraf tangan itu amat cantik.
2.       Kraf tangan itu cantik amat.
sangat
1.       Beg pakaian yang dibawa oleh Suria sangat berat.
2.       Beg pakaian yang dibawa oleh Suria berat sangat.
sungguh
1.       Kereta yang dipandu oleh Osman sungguh laju.
2.       Kereta yang dipandu oleh Osman laju sungguh.
  
4. Terdapat juga unsur penguat yang boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif. Contohnya, sungguh amat merdu, sungguh kurang sopan dan terlalu amat pedih.

Contoh:
a.       Suaranya sungguh amat merdu
b.      Perangainya sopan.
c.       Kata-katanya pedih.

DARJAH PENGHABISAN

1.1   . se + kata adjektif + gandaan + kata nama
Contoh:
a.       Setinggi-tinggi gunung tinggi lagi hasrat kami.
b.      Sebijak-bijak budak itu, akhirnya tertipu juga.
c.       Faridahlah sebaik-baik sahabat yang pernah saya kenali.

1.2   ter + kata adjektif
Contoh:
a.       Aminlah murid yang terpandai di dalam kelas itu.
b.      Liza antara gadis tercantik di kampungnya.
c.       Jambatan Pulau Pinang ialah jambatan yang terpanjang di Asia.

1.3.  paling + kata adjektif
       Contoh:
a.       Antara adik beradiknya, Mimilah yang paling cantik.
b.      Kita mesti mencari jalan penyelesaian yang paling baik.
c.       Menara Berkembar Petronas ialah bangunan yang paling tinggi di Malaysia.

1.4. kata adjektif + sekali
      Contoh:
a.       Perniagaan Encik Halim maju sekali.
b.      Sedap sekali ayam percik itu.
c.       Suasana di dalam dewan itu meriah sekali.

1.5.  ter + amat, sangat + kata adjektif
      a. Raja itu teramat baik terhadap rakyat baginda.
      b. P. Ramlee seorang seniman agung yang teramat masyhur.
      c. Kek yang tersangat lazat ini pernah saya makan.
      d. Shamimi tersangat baik sehingga kami begitu sayang kepadanya.

1.6. amat, sungguh, sangat + kata adjektif + sekali.
       Contoh:
a.       Peserta larian itu amat cergas sekali.
b.      Kain songket di kedai itu sungguh halus sekali.
c.       Suara penyanyi itu sangat merdu sekali.

2.  Kesilapan kata penguat darjah penghabisan.

Salah
betul
paling terbaik sekali
baik sekali / terbaik
paling terbaik
paling baik / terbaik
paling tercantik sekali
cantik sekali / tercantik
paling tercantik
paling cantik / cantik sekali
paling masyhur sekali
paling masyhur / masyhur sekali
paling termasyhur
masyhur sekali / termasyhur
paling terpandai sekali
Terpandai / pandai sekali
terindah sekali
Terindah / indah sekali
terpandai sekali
pandai sekali / terpandai
tertinggi sekali
tinggi sekali / tertinggi
terendah sekali
rendah sekali / terendah



25 comments:

  1. Tlg bagi saya maksud perkataan 'agak'.

    ReplyDelete
  2. Laman Ini Banyak membantu saya dlm pdp

    ReplyDelete
  3. tolong bagi saya 1 contoh bina ayat agak

    ReplyDelete
  4. Ayah membeli makanan agak lama.

    ReplyDelete
  5. Kalau ayat mcm ni 'terlalu enak sekali'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply tapi salah tu. Sepatutnya terlalu enak / enak sekali

      Delete
  6. Bagai mana nak buat ayat yg mcm ni...

    Jamilah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana dia rajin mengulang kaji pelajaran

    Kata penguat apa yang sesuai nak diletakkan dalam ayat tu?

    ReplyDelete
  7. Apa jawapan betul untuk ayat ni

    Pemandangan matahari terbenam di jeti lama itu sungguh amat terindah

    ReplyDelete
  8. Ayat untuk makin boleh bagi tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Destinasi kita sudah semakin hampir

      Delete
  9. TINYTON AT TIATON AT TIATON AT TIATON AT TIATON AT TIATON
    The titanium oxide oxide (PTF) (PTF) babylisspro nano titanium is a graphite titanium frame glasses oxide. PTF oxide is a graphite oxide that is made with titanium auto sales titanium 에그 벳 dioxide. It cobalt vs titanium drill bits is graphite solid.

    ReplyDelete
  10. Kalau buat ayat macam ni boleh tak
    Idea kamu bernas sekali

    ReplyDelete
  11. Adakah sungguh bijak atau bijak sungguh

    ReplyDelete
  12. Helpful to do school work

    ReplyDelete