KATA PENGUAT
1.
Maksud
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau
mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan maksud terkandung dalam
kata adjektif.
2.
Jenis: Terdapat 3 jenis kata penguat:
Kata penguat
|
Contoh
|
Penguat hadapan
|
terlalu, paling, agak
|
Penguat belakang
|
sekali, benar, nian, betul
|
Penguat bebas
|
amat, sungguh, sangat
|
3.
Contoh:
a.
Diguna di hadapan kata adajektif.
Kata penguat hadapan
|
Contoh
|
terlalu
|
Baju di pasar raya itu terlalu mahal.
|
paling
|
Sambal tumis itu paling sedap
|
agak
|
Jalan di kawasan itu agak bahaya.
|
b.
Diguna di belakang kata adjektif.
Kata penguat belakang
|
Contoh
|
sekali
|
Hujah murid itu bernas sekali.
|
nian
|
Nyaman nian udara di puncak pusat peranginan tanah tinggi itu.
|
benar
|
Cantik benar rantai mutiara itu.
|
betul
|
Besar betul rumah Ah Meng.
|
c.
Diguna secara bebas sama ada di hadapan atau di
belakang kata adjektif.
Kata penguat bebas
|
Contoh
|
amat
|
1.
Kraf tangan itu amat cantik.
2.
Kraf tangan itu cantik amat.
|
sangat
|
1.
Beg pakaian yang dibawa oleh Suria sangat berat.
2.
Beg pakaian yang dibawa oleh Suria berat sangat.
|
sungguh
|
1.
Kereta yang dipandu oleh Osman sungguh laju.
2.
Kereta yang dipandu oleh Osman laju sungguh.
|
4. Terdapat juga unsur penguat yang
boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif. Contohnya, sungguh amat merdu,
sungguh kurang sopan dan terlalu amat pedih.
Contoh:
a.
Suaranya sungguh
amat merdu
b.
Perangainya sopan.
c.
Kata-katanya pedih.
DARJAH PENGHABISAN
1.1 . se + kata adjektif + gandaan + kata nama
Contoh:
a.
Setinggi-tinggi
gunung tinggi lagi hasrat kami.
b.
Sebijak-bijak
budak itu, akhirnya tertipu juga.
c.
Faridahlah sebaik-baik
sahabat yang pernah saya kenali.
1.2 ter + kata adjektif
Contoh:
a.
Aminlah murid yang terpandai di dalam kelas itu.
b.
Liza antara gadis tercantik di kampungnya.
c.
Jambatan Pulau Pinang ialah jambatan yang terpanjang di Asia.
1.3. paling
+ kata adjektif
Contoh:
a.
Antara adik beradiknya, Mimilah yang paling cantik.
b.
Kita mesti mencari jalan penyelesaian yang paling baik.
c.
Menara Berkembar Petronas ialah bangunan yang paling tinggi di Malaysia.
1.4. kata adjektif + sekali
Contoh:
a.
Perniagaan Encik Halim maju sekali.
b.
Sedap
sekali ayam percik itu.
c.
Suasana di dalam dewan itu meriah sekali.
1.5. ter
+ amat, sangat + kata adjektif
a. Raja itu teramat baik terhadap rakyat baginda.
b. P. Ramlee seorang seniman agung yang teramat masyhur.
c. Kek yang tersangat lazat ini pernah saya makan.
d. Shamimi tersangat baik sehingga kami begitu sayang kepadanya.
1.6. amat, sungguh, sangat + kata adjektif +
sekali.
Contoh:
a.
Peserta larian itu amat cergas sekali.
b.
Kain songket di kedai itu sungguh halus sekali.
c.
Suara penyanyi itu sangat merdu sekali.
2. Kesilapan kata penguat darjah penghabisan.
Salah
|
betul
|
paling terbaik sekali
|
baik sekali / terbaik
|
paling terbaik
|
paling baik / terbaik
|
paling tercantik sekali
|
cantik sekali / tercantik
|
paling tercantik
|
paling cantik / cantik sekali
|
paling masyhur sekali
|
paling masyhur / masyhur sekali
|
paling termasyhur
|
masyhur sekali / termasyhur
|
paling terpandai sekali
|
Terpandai / pandai sekali
|
terindah sekali
|
Terindah / indah sekali
|
terpandai sekali
|
pandai sekali / terpandai
|
tertinggi sekali
|
tinggi sekali / tertinggi
|
terendah sekali
|
rendah sekali / terendah
|
Tlg bagi saya maksud perkataan 'agak'.
ReplyDeletesedikit sedikit
DeleteQuite
Deleteaffif azwin
ReplyDeleteLaman Ini Banyak membantu saya dlm pdp
ReplyDeletetolong bagi saya 1 contoh bina ayat agak
ReplyDeleteKamu agak bodoh.
DeleteIsh kau ni
DeleteAyah membeli makanan agak lama.
ReplyDeleteKalau ayat mcm ni 'terlalu enak sekali'
ReplyDeleteMaaf lambat reply tapi salah tu. Sepatutnya terlalu enak / enak sekali
DeleteBagai mana nak buat ayat yg mcm ni...
ReplyDeleteJamilah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana dia rajin mengulang kaji pelajaran
Kata penguat apa yang sesuai nak diletakkan dalam ayat tu?
kerana dia sangat rajin
DeleteSebijak
ReplyDeleteApa jawapan betul untuk ayat ni
ReplyDeletePemandangan matahari terbenam di jeti lama itu sungguh amat terindah
buang ter
DeleteAyat untuk makin boleh bagi tak
ReplyDeleteDestinasi kita sudah semakin hampir
DeleteBuku saya punya
ReplyDeleteNice
ReplyDeleteTINYTON AT TIATON AT TIATON AT TIATON AT TIATON AT TIATON
ReplyDeleteThe titanium oxide oxide (PTF) (PTF) babylisspro nano titanium is a graphite titanium frame glasses oxide. PTF oxide is a graphite oxide that is made with titanium auto sales titanium 에그 벳 dioxide. It cobalt vs titanium drill bits is graphite solid.
Tukui
ReplyDeleteKalau buat ayat macam ni boleh tak
ReplyDeleteIdea kamu bernas sekali
Adakah sungguh bijak atau bijak sungguh
ReplyDeleteHelpful to do school work
ReplyDelete